Want your
own Fotopage?








 
Puteris's FotoPage

By: Puteris Bridal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Jan-2010 05:17 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERSANDINGAN DALILAH DAN MUHAIMIN

Dalilah...seorang yg penuh adab dan sopan santun...tutur katanya tersusun dan teratur...terang serta jelas...hadir ke butik puteris untuk menempah busana ,pelamin dan dekorasi dewan bagi majlis persandingannya dengan jejaka pilihan hati muhaimin. Majlis persandingannya telah diatur oleh keluarga di Dewan MAEPS, Serdang.





Pada hari yg dijanjikan, Team Puteris telah melaksanakan tugas kami sebaiknya. Busana bertemakan warna gold telah siap dengan perincian manik cukup indah dan bergaya untuk Dalilah dan pasangan sarungkan...Manakala pelamin Everlasting Love dan dekorasi bertemakan cream dan kuning berasaskan bunga segar menambahkan seri majlis.



Kepada Dalilah dan Muhaimin......terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dan kami doakan kalian berbahagia ke akhir hayat.......amin......



Saturday, 30-Jan-2010 11:31 Email | Share | | Bookmark
DEKORASI MEWAH BUAT DR IDZAWANIS DAN PASANGAN

Bermula dengan tempahan pelamin untuk majlis pertunangan pada pertengahan ogos 2009 yg lalu , sekali lagi dr wanis melangkah masuk ke butik puteris untuk membuat tempahan untuk majlis pernikahan dan persandingannya yg di adakan dikediaman mewah milik ibu bapa dr wanis di Ara Damansara.





Untuk majlis khatam Quran, Dr wanis memilih jubah berkain sifon putih berjemeki hijau. Lokasi pernikahan adalah berkonsepkan taman. Dekorasi dibuat disekeliling laman kediaman tersebut. bermula di gazebo sebagai lokasi utama untuk majlis pernikahan...floating candles diseluruh kolam ikan dan juga fairy lights menerangi laman kerana majlis pernikahan dibuat pada sebelah mlm (selepas isyak sehari sebelum majlis persandingan). Tumpuan diberikan pada gazebo dan laluannya dengan tambahan gubahan ros merah serta orkid putih.







Di ruang tamu kediaman pula tersergam pelamin berkonsep moden bertemakan merah dan putih. masih mengekalkan hiasan bunga segar ,... pelamin tersebut digunakan utk majlis persandingan keesokan harinya.



Di sepanjang jalan berdiri teguh hampir 15 biji kanopi berscallop merah dan putih...lengkap dengan sarung kerusi, underlayer serta bunga untuk setiap meja tamu. Setelah berbincang dan meluahkan pendapat antara puteris dan ahli keluarga pengantin...kata sepakat telah diambil dan seisi keluarga amat berpuas hati dengan hasil kerja kami...TERIMA KASIH SEMUA!






Saturday, 30-Jan-2010 11:10 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERSANDINGAN 2 BERADIK

Sekali lagi Puteris diberi kepercayaan untuk menguruskan majlis perkahwinan yg diadakan serentak . Kali ini adalah majlis persandingan mohd yusoff serta pasangan dan adiknya mimi serta pasangan...





Kali ini Puteris diminta untuk menyediakan jamuan untuk 1000 jemputan yg hadir, sesi fotografi , busana persandingan untuk yusoff dan pasangannya Raisha





Bertempat di Dewan Serbaguna Presint 9, ke-empat -empat mereka telah selamat disandingkan dalam majlis yg cukup sederhana dan sempurna....yusoff segak berbaju melayu coat cutting berwarna putih susu dan songket pink senada dengan busana yg dikenakan isterinya ...jubah pink dan putih susu. manakala mimi dan pasangan mengenakan busana indah rekaan sendiri berwarna putih dan coklat.





dari puteris.....kami doakan kalian semua berbahagia hingga ke anak cucu...






Saturday, 30-Jan-2010 09:50 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERSANDINGAN KEDUA ANAKANDA KESAYANGAN EN KAMARUDDIN

Suatu hari dalam bulan Julai 2009, wawa menerima kunjungan dari En Kamarudin dan isteri di Galeri Puteris. Pada awalnya niat mereka untuk meninjau-ninjau dan meminta sebutharga untuk majlis perkahwinan kedua anakanda kesayangan pasangan tersebut. Alhamdulilah...setelah beberapa kali bersua dan berbincang...maka Puteris diberi tanggungjawab untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka.





Bermula dengan majlis pernikahan si adik sekaligus berlangsungnya majlis pertunangan si kakak pd hari yg sama iaitu pada 8.8.09. Puteris diberi kepercayaan untuk menyiapkan hidangan sarapan pagi , makan tghari dan minum petang sepanjang majlis tersebut. begitu juga dengan sedikit dekorasi untuk mini pelamin serta kanopi yg segalanya berkonsepkan warna hijau lumut dan putih....



Dan pada 26 sept 2009 iaitu pada hari raya ke5, kedua beradik dari pasangan en kamaruddin ini dirias cantik oleh jurumake up Puteris (fadilah). Si kakak dan pasangannya memilih jubah gold sesuai dengan tema dekorasi. manakala si adik dan pasangan memilih untuk tampak lebih berbeza dengan pilihan jubah rusty pink dan gold.



Pasangan bahagia ini memilih pelamin Bisikan Kasih berhias bunga segar (ros kuning dan orkid putih) untuk persandingan kedua anakanda mereka...9 buah kanopi berscallop brown dan cream dilengkapi underlayer serta sarung kerusi dan ribbon yg bersesuaian...setiap meja tamu diletakkan gubahan bunga segar yg simple dan cute utk menambah seri majlis.



Setelah mendapat kata sepakat sekeluarga, Puteris diminta untuk menyiapkan beberapa jenis masakan...menunya ialah nasi beriani, daging rendang, ayam goreng rempah, dalca sayur, acar buah, acar timun nenas, papadom, dadih, buah-buahan, air kordial, kuih-muih, cendol dan teh tarik. Dengan jemputan 1500 org alhamdulilah...sekali lagi Puteris bisa mengukirkan senyuman tanda mereka amat berpuas hati dengan khidmat yg kami berikan....







Saturday, 30-Jan-2010 05:19 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERNIKAHAN & PERSANDINGAN HANI RAIHANI DAN PASANGAN

Tarikh Nikah: 1 Ogos 2009
Tempat: Kediaman kedua ibu bapa Hani di Taman Maluri , Kuala Lumpur
Perkhidmatan dari Puteris : Kanopi light pink dan putih, Jamuan nikah 200 org, fotografi, Make up,fotografi

Tarikh Sanding: 2 Ogos 2009
Tempat: Dewan Risda , Kuala Lumpur
Perkhidmatan dari Puteris: Pelamin dan dekorasi berhias bunga segar, Busana Persandingan , Make up, Katering, fotografi , DJ & PA System

Warna tema: Pink putih

Hani , seorang gadis kecil molek dan mudah tersenyum. Perkenalan dengannya sewaktu pertama kali dia melangkah ke butik puteris membuatkan hati wawa mudah mesra dan senang untuk berbincang dengannya. tidak terlalu cerewet. asalkan semuanya mengikut spesifikasi yg di mahukan...semuanya beres! Seronok bekerjasama dengan Hani dan keluarga. Itulah yg wawa dapat gambarkan untuk anda. Bukan nak memuji lebih-lebih...tp itulah hakikatnya...





majlis persandingan dimulakan jam 12 tghari dengan kehadiran para jemputan. Jam 2 petang...perarakan masuk kedua pengantin...sama cantik sama padan berjubah rusty pink dan gold melangkah ke dewan diiringi dengan marhaban. Upacara merenjis di laksanakan oleh kedua keluarga merestui ikatan kasih kedua pengantin. Seterusnya jamuan makan beradab disempurnakan dan disaksikan oleh kira-kira 800 jemputan yg ada. Kemuncak majlis persandingan mereka adalah upacara memotong kek 5 tingkat yg juga disediakan oleh Puteris khas buat kedua pengantin.



Puteris doakan kalian berdua berbahagia ke akhir hayat.........


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net